All about Sambal Opah
RINGKASAN EKSEKUTIF


Masmira Food & Services merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal dan mula beroperasi di No 153A, Jalan Bujang Indah 1/3, Taman Lembah Bujang Indah 08400 Merbok, Kedah. Syarikat ini mengusahakan sambal berasaskan cili padi dinamakan dengan Sambal Opah. Sambal Opah bermula secara kecilan dari rumah, dengan resepi turun temurun diolah sempurna untuk dibotolkan sebagai sambal sedia untuk dimakan.
Berbekalkan semangat dan keazaman untuk menjayakan projek Sambal Opah ini, syarikat telah berusaha dengan bersungguh sungguh meningkatkan operasi pengeluaran dan menembusi pasaran setempat. Syarikat mengeluarkan tujuh jenis sambal iaitu Sambal Ikan Bilis Cili Padi Opah, Sambal Ikan Masin Cili Padi Opah, Sambal Ikan Bilis Petai Cili Padi Opah, Sambal Paru Penyet Opah, Sambal Daging Cili Padi Opah, Sambal Penyet Opah dan Sambal Tempoyak Pecah Batu. Ketujuh-tujuh jenis sambal ini dipasarkan ke seluruh Malaysia melalui ejen yang dilantik. Beberapa strategi pemasaran telah diatur bagi memudahkan ejen yang dilantik untuk menjual Sambal Opah dengan lebih mudah dan teratur.
Dari segi kekuatan pengurusan, syarikat memiliki pekerja-pekerja yang berdedikasi dan mahir serta komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Syarikat memang mementingkan dan mengambil berat tentang aspek kebersihan Sambal Opah dan juga kualiti pengeluaran dalam menghasilkan Sambal Opah yang sedap dan diterima semua lapisan masyarakat.
Misi
Menyediakan Sambal Opah yang sedap, berkualiti tinggi menggabungkan prestasi dan harga nilai disamping membentuk hubungan yang professional dengan pelanggan dan pembekal. Berusaha memenuhi atau melebihi harapan pelanggan-pelanggan dari segi perkhidmatan dan harga. Tetap berusaha untuk berada di depan daripada pesaing-pesaing dengan inovasi produk dan perkhidmatan berdasarkan permintaan pasaran. Menambah rangkaian pengedar di seluruh Malaysia.
Visi
Menjadi pengeluar sambal sedia dimakan pilihan no satu rakyat Malaysia.
Team Sambal Opah
Nam nec tellus a odio tincidunt auctor a ornare odio. Sed non mauris vitae erat consequat auctor eu in elit. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra.

Harvey Spector
Founder - CEO

Jessica Pearson
COO

Rachel Zain
Marketing Head

Luise Litt
Lead Developer

Katrina Bennett
Intern Designer

Mike Ross
Intern Designer